Friday, November 13, 2015

we know almost everything but we share nothing.

ihsan? siapa punya nama la pulak tu? 

bismillah.

tengahari tu, saya keluar dari lif tingkat 5 untuk pulang ke bilik. saya terserempak dengan rumet saya di koridor sedang menjemur kain. katanya pada saya, "eh, kak ati. sori tadi kita jemur kain terkena sikit baju kak ati." maksudnya ialah, baju saya yang hampir kering basah terkena baju dia. maka saya pun dengan muka manisnya senyum kat dia dan cakap "no hal lahhh." 

ok. ada unsur tambahan di situ.

harini, selesai saya memberus dan memerah baju-baju yang boleh tahan banyak tu, maka bergegaslah saya ke ampaian koridor. almaklumlah lagi beberapa hari nak exam, every second counts, you know. memandangkan ampaian penuh dengan baju-baju yang kering tapi tak diangkat, saya pun susunlah baju-baju tu supaya muat saya nak jemur. maka, berputarlah semula scene dengan rumet saya sebelum ni dalam kotak fikiran saya. 

terlintas di fikiran saya betapa ihsannya sahabat saya yang seorang ni sampaikan benda yang dia buat salah belakang saya pun dia bagitahu. mungkin anda rasa biasa, but i just feel so touched by her action. 

teringat saya pada sepotong hadis nabi saw ketika baginda duduk bersama para sahabat dan datang jibril dalam bentuk rupa seorang manusia bertanyakan tentang islam, iman dan ihsan. jawapan jibril tentang maksudnyaihsan tu ialah :


 “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” 
(riwayat muslim)

mungkin, kalau disebut tentang ihsan, seringkali ditekankan tentang ihsan dalam ibadah, dalam hubungan kita dengan Allah. tapi, pernah tak kita muhasabah bahawa sudah ihsankah kita terhadap sesama manusia? 

bila nampak baju kawan kita terjatuh dekat ampaian, tergerakkah hati untuk tolong angkat dan letakkan semula di tempatnya? 

bila makcik cleaner tengah mop lantai, tergamakkah kita dengan selambanya memijak di tempat yang belum sempat kering tu? kita dengan begitu angkuh tanpa senyum dan sopan melangkah pergi. 


tergamakkah kita?

begitu juga ihsan nya kita dengan haiwan. saya merupakan seorang yang tidak menggemari kucing. agak sentaplah jugak saya nak cakap pasal ihsan terhadap binatang kan. ada seorang batchmate saya dia ni sangatlah cintakan kucing. saya rasa saya gagal dalam hal ni. bila nampak kucing pasti dia akan bagi makan. kalau saya, seboleh2 nya akan lari dari kucing ni. saya takut kalau dia akan panjat meja makan saya tu huhu. 

kalau dalam study, i feel like a loser when it comes to this. rasa. macam. hampeh. teruk sangat. kalau pasal study seriously frankly speaking, i cannot be a qudwah to anyone. don't know why, i think i lost my courage to study hard like i did in schools and CFS. seiously you have to change ok izzati. katanya mahu jadi specialist kan mahu jadi qudwah dalam bidang dentist like prof dr harlina did in her field. being  qudwah in medical field as well as in dakwah which is wow sangat. so you have to work hard starting from now on! jangan cakap je kerja. buatnya tak.

kenapa saya cerita pasal ihsan ye?

actually one of my lecturer, which is a very inspiring lecturer, he kept on mentioning to us about ihsan. he loves to give tazkirah about this. he once said, 'my islamic knowledge is not really good. yes, i'm still learning. you know, i learned a lot through this one year since i entered UIA. i've wasted my 35 years before this. just imagine, before this i never heard of something like ihsan.'

nahhh. can you see how determined he is to share everything he knows? what about us? we know almost everything but we share nothing. *nangis laju2 T.T

No comments: