Friday, November 25, 2011

Berfungsikah kita?


Teringat kata2 seseorang...

Bila tsunami, gempa bumi atau bencana2 lain berlaku kat Indonesia, Jepun misalannya, dan tempat2 lain berlaku, seluruh negara termasuklah Malaysia pasti akan berusaha untuk menghantar pasukan sukarelawan untuk bantu mangsa2 kecelakaan tersebut.

Namun...

Masalah sosial yang berlaku di Barat...kejahiliyahan mereka yang tak tertanggung dah...siapa yang concern? Who cares?
Negara mana yang hantar misi bantuan DAKWAH ke sana?
Umat yang sedang 'sakit' dilanda jahiliyah, siapa yang peduli?
Mereka sedang parah!
Perlu dirawat!


Kenapa tiada sukarelawan DAKWAH?

;(

Kan Allah dah kata dalam Al-Quran (9:111).
Allah dah beli dah diri dan harta orang2 mukmin dengan bayaran SYURGA.
Subhanallah...Allah beli apa yang memang sah2 milik Dia.
Pastu dibayar dengan sebesar2 ganjaran.
Betapa pemurahnya Allah.
Jadi, mari beramai-ramai say 'Alhamdulillah'...tanda syukur kita kepada Allah.
Kerana syukur tu kan maqam tertinggi orang2 mukmin.

Analoginya begini :

Kalau korang beli satu batang pensel, apa yang korang harapkan dari pensel tu?
Mestilah kita mengharapkan supaya pensel tu dapat kita guna dengan baik.
Takdelah sikit2 tulis, patah kan.
Senang citer kita harap pensel tu dapat berfungsi dengan baik.
Kita nak pensel tu berfungsi sebagaimana kehendak kita...kan..kan?
Customers' rights. huhu. :D

Seorang pembeli mestilah mengharapkan yang terbaik daripada barang yang dibeli, ye tak?

Macam tu jugaklah Allah.
Allah nak supaya apa yag telah'dibeli' berfungsi sebagaimana kehendak Dia.
So, fikir balik, adakah kita telah 'berfungsi' dengan baik sesuai dengan bayaran yang Allah nak bagi?
(iskk...iskk... rasa cam terkena kat batang hidung sendiri)

Apa2 pun, sama2lah kita mengingatkan. (51:55)
:)))

2 comments:

yang harsh said...

nice. computer test tadi lulus ke
:(

yang lagi harshhh said...

alhamdulillah. (u knew the answer)