bismillah assalamualaikum.
alhamdulillah diberi peluang untuk mendapat pencerahan tentang qaedah sulbah. kadangkala allah bagi kefahaman pada kita mengikut apa yang sesuai untuk hamba-Nya pada ketika itu. not necessarily everyone will get the same level of understanding.. the outcome will be different. dapatan daripada satu2 majlis ilmu itu pasti berbeda bagi setiap individu. ada yang berkali2 dapat pengisian yang sama tapi tetap tiada amal naudzubillah. ada yang terus mengamalkan, ada yang berlengah2. ada yang sabiqun bil khairat bahkan ada yang muqtasid sahaja (35:32)
so insyaAllah, memandangkan belog ini tujuannya pun untuk dakwah insyaAllah (moga2 dapatlah saham di akhirat kelak untuk setiap butir perkataan yang saudara saudari dapat dan amalkan daripada belog yang marhaen ini), maka saya sangat berbesar hati ingin berkongsi tentang qaedah sulbah.
so basically qaedah sulbah ni maksudnya ialah asas yang paling kuat. untuk lebih faham, kita kena selak balik ayat quran dan seerah nabawiyah untuk tahu pasal qaidah sulbah ni.
so saya akan mulakan dengan surah at taubah.
surah at taubah ni ialah antara surah-surah akhir yang diwahyukan kepada nabi saw. dalam surah ni banyak diceritakan tentang kisah-kisah perang. badar, tabuk,
at taubah ayat 40-43 (9:40-43)
ayat 40 :
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ayat 41 :
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
ayat 42 :
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
ayat 43 :
Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?
-----
-dalam dakwah ini, kita pasti akan diuji dengan bermacam-macam perasaan, ujian ukhuwah, ujian hati, halangan-halangan daripada pelbagai pihak, etc. tapi, selagi apa yang kita buat itu ialah kebenaran, maka Allah pasti akan bersama kita. (ayat 40)
-apa-apa sahaja suruhan Allah, maka perintahnya ialah BERANGKATLAH! tak kisahlah ketika tu tengah qailulah ke, makan ke, berehat-rehat ke atau apa-apa yang kita tengah buat, arahannya ialah BERANGKATLAH! (ayat 41) perlunya paksaan pada diri kita. there's one quote from fb muharrik daie : 'tanpa paksakan diri kita tidak boleh mencairkan hati ke arah iman.'
-apa yang nabi seru ialah satu jalan yang saaaangat panjang. allah pasti akan membersihkan saff2 dakwah ni daripada manusia2 yang punya kepentingan peribadi. ( ayat 42) di sinilah berlakunya al intiqa' (penapisan dari Allah) which will be explained later in another post ok :)
-----------------
ok, after we have reviewed all of these verses of surah at taubah, let's have a look on graf isk. apakah yang menyebabkan jatuhnya islam ketika zaman turki uthmaniyyah? penyebabnya ialah umat islam ketika itu telah mula diserang penyakit wahn (cintakan dunia dan takutkan mati). sedangkan ketika itu islam sangat2 gemilang di mata dunia. ini rentetan daripada kerja2 dakwah tarbiyah yang tidak dititik beratkan oleh umat islam ketika itu menyebabkan mereka lalai dengan dunia. bahkan sebenarnya pada tahun 1800 (lebih kurang 100 tahun sebelum jatuhnya khilafah) mereka sudah mula menggunakan civil law. bukan lagi undang2 islam. and just imagine, ketika islam jatuh, keadaan dunia ketika itu seolah2 tiada apa2 yang berlaku. jatuhnya khilafah seolah2 satu fenomena biasa dan tiada apa2 yang dilakukan oleh para ulama dan duat ketika itu.
maka pada ketika inilah imam hassan al banna menulis surat kepada syeikhul azhar tentang ini. dan respon dari mereka cumalah tangisan penyesalan dan mengatakan bahawa tiada apa yang mampu dilakukan. astaghfirullah. betapa ketika itu tiada para pemberani umat islam yang ke depan demi mempertahankan agama yang mulia ini.
maka di situlah bermulanya ISHAB memulakan gerakannya yang kini dikenali dengan Ikhwanul Muslimin yang mana para penggeraknya telah bertebaran di serata dunia mashaAllah!
oklah. kita undur sikit masa ke belakang. kita tengok pulak sirah nabawiyah. seperti mana yang kita tahu, fasa Nabi berdakwah di mekah ialah selama 13 tahun. dan 3 tahun pertama ialah dakwah sirr (rahsia). ketika ini umat Islam masih lagi ok (kalaulah boleh dikatakan ok). mereka masih lagi sorok2 utk berjumpa dengan nabi utk mendengar wahyu yg diturunkan kepada Nabi ketika tu. apabila datangnya perintah Allah untuk dakwah jahr, maka ketika inilah bermulanya penyeksaan yang tak terhingganya kepada para sahabat.
*to be continued
No comments:
Post a Comment