bismillah.
terasa ingin menulis sesuatu. impressed and inspired dengan my murabbiah. :D maka saya buat keputusan untuk menyambung tulisan saya sebelum ini.
------------
QAEDAH SULBAH II
untuk kali ini saya sarankan para pembaca untuk merujuk alquran terjemahan. buka muka surat 40 surah albaqarah ayat 246-251.
Firman Allah s.w.t maksudnya:
ayat 246 :
“Apakah kamu tidak memperhatikan pemuka-pemuka Bani Israil sesudah Nabi Musa, yaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah." Nabi mereka menjawab: "Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang." Mereka menjawab: "Mengapa kami tidak mau berperang di jalan Allah, padahal sesungguhnya kami telah diusir dari anak-anak kami?". Maka tatkala perang itu diwajibkan atas mereka, merekapun berpaling, kecuali beberapa saja di antara mereka. Dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang zalim.
ayat 247 :
Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu." Mereka menjawab: "Bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?" Nabi (mereka) berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa."Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.
ayat 248 :
Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: "Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya tabut kepadamu,di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.
ayat 249 :
Maka tatkala Talut keluar membawa tenteranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Talut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."
ayat 250 :
Tatkala Jalut dan tenteranya telah nampak oleh mereka, merekapun (Talut dan tenteranya) berdoa: "Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."
ayat 251 :
Mereka (tentera Talut) mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah dan (dalam peperangan itu) Daud membunuh Jalut, kemudian Allah memberikan kepadanya (Daud) pemerintahan dan hikmah (sesudah meninggalnya Talut) dan mengajarkan kepadanya apa yang dikehendaki-Nya. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian umat manusia dengan sebahagian yang lain, pasti rosaklah bumi ini. Tetapi Allah mempunyai karniaNya (yang dicurahkan/ rahmat) ke atas semesta alam.”
(Al Baqarah 246-251)
-------
kamu pernah dengar perkataan al-intiqa'? pertama kali saya mendengar istilah ini ialah ketika menghadiri satu daurah di mana saya menjadi lebih kenal dengan seorang akhawat yang sangat qawiyy. terasa begitu kerdil berada disisinya..
so.. al-intiqa' ini maksudnya ialah penapisan. sebagaimana kalau kita mengayak tepung, kita nak pastikan supaya tepung yang kita guna tu takde anasir2 lain yang ada dalam tepung tersebut dan nak pastikan supaya tepung yang berketul tak masuk dalam masakan kita. kita mahukan tepung yang terbaik untuk dimakan. sama jugalah bila satu company ingin hire pekerja, beberapa penapisan dilakukan supaya pekerja yang diambil are eligible and competent enough. cream of the crop. mula dari isi borang, penapisan dilakukan dengan melihat kepada kelayakan. andai tidak layak akan diketepikan borang. dan proses berlaku sehinggalah ke interview session, ada pulak kursus beberapa hari.... banyak sungguh steps nya.
maka, begitu juga jalan dakwah ini. allah akan lakukan berbagai penapisan sehingga jelas dan terang siapa yang benar2 ingin bersama dakwah. kalau memilih pekerja sahaja sudah susah. apatah lagi pemilihan buat para kader dakwah ini. kader dakwah harus kuat. bukan lembik banyak makan tidur berangan dan sebagainya (terasa).
kalau dilihat pada ayat quran di atas, Allah telah menceritakan bagaimana proses penapisan ini berlaku dengan menceritakan tentang sejarah bani israel.
dari awal lagi, niat kaum bani israel berjihad bukan kerana allah. mereka berperang bukan kerana allah, tapi kerana ingin membalas atas sikap pemerintah ketika itu yang mengusir mereka dari tempat tinggal mereka dan mereka harus berpisah dengan anak2 mereka.
allah menapis mereka awal2 lagi dengan NIAT. (1)
kemudian, mereka meminta dilantik dari kalangan mereka seorang pemimpin. maka apabila dilantik, mereka tak suka pemimpin itu kerana merasakan lebih layak dari Talut. ini kerana Talut datang dari golongan yang tiada apa2 kedudukan dalam masyarakat.
dan di sini, Allah uji mereka dengan SESUATU YANG TIDAK DISUKAI. (2)
kemudian, ketika mereka diwajibkan untuk berjihad menentang pemerintah ketika itu, mereka perlu menyeberangi sebuah sungai. just imagine, perjalanan yang jauh, apabila jumpa sungai mestila kita nak minum air tu.. tapi Talut melarang mereka menceduk air untuk minum melainkan sedikit sahaja dibenarkan. hikmahnya, bila perut penuh, akan rasa berat untuk teruskan perjalanan. maka, mereka sendiri yang cakap yang mereka tak mampu untuk bersama2 berperang. they chose to be that way. tiada siapa yang larang. tapi keluarnya mereka dari kafilah tentera itu atas pilihan mereka sendiri.
dan di sini, allah uji mereka dengan UJIAN KESUSAHAN. (3)
--------
maka, sesuatu yang harus kita renungi, ujian2 ini ialah ujian yang kita akan hadapi kalau tak sekarang, pasti akan kita hadapi di masa hadapan. allah akan nilai sejauh mana niat kita bersama dakwah. kerana allah atau untuk meraih nama dan sanjungan dari manusia. niat kita harus jelas. kalau kerana manusia, pangkat, harta dan nama, apabila kesemua sebab ini hilang, maka pasti kita juga akan hilang bersama sebab2 ini. tetapi andai kerana allah kita bersama dakwah, moga allah tetapkan hati kita.
kita juga akan diuji dengan sesuatu yang tak disukai. masalah ukhuwwah, dakwah kita tak dihargai (baru baca post kak aisyah muharikah), diarahkan buat suatu yang tak disukai.. etc..
dan juga ujian kesusahan. susahnya nak bagi adik ni paham tarbiyah. adik ni tak nak komit prog. adik ni kena dikejar.. adik ni... adik tu... meeting balik lewat.. usrah kena berjam2 baru sampai.. (tapi saya rasa sekarang bahkan saya diuji dengan ujian kesenangan T.T)
dan akhirnya penapisan ni untuk apa? apa ciri2 nya untuk lepas dari penapisan ni?
1. mereka yang bersedia untuk menanggung ujian kesakitan dan fitnah
2. mereka yang menazarkan dirinya untuk allah.
memang padanlah dengan kesusahan untuk lepas dari al-intiqa' ini. kerana yang berjaya dari penapisan ini ialah bukan calang2 orang.. huhu.. takut sangat..
maka berbalik kepada maksud qaedah sulbah di awal perbincangan kita, penapisan2 yang berlaku adalah bertujuan mencari golongan qaedah sulbah ini. inilah golongan penerus kepada dakwah islam di saat manusia yang lain mencair dek penyakit wahan (cintakan dunia dan takut mati). mereka lah asas kepada kekuatan islam itu sendiri..
tepuk dada tanya iman, di manakah kita saat ini?
--------------------------------------
wallahu a'lam. saya dapat rasakan bahawa tulisan saya sangat terbatas dengan ilmu yang saya ada.. kena banyakkan membaca lagi ni!!
dan, selama ni saya tak terfikir yang saya punya banyak masa untuk menulis sebenarnya! mungkin ini medannya cuma belum bagus lagi heheh. never mind. still got time :)
UNTUK BACAAN : QAEDAH SULBAH I
------
2145
130615
1 comment:
Uuuuu..nice sharing! Kipidap
Post a Comment