Sunday, November 20, 2011

Terkurung di bilik terkunci

Bismillah walhamdulillah.
Assalamualaikum.

Baru balik dari daurah petang tadi, 1830.
Penat tak payah cakap, memang penat.
Train tu berhenti lama sangat kat beberapa buah stesen.
Tapi takpelah, alhamdulillah, selamat sampai dah pun.

Semalam sebelum bertolak dari 'universiti' (konon la uni), memang perasaan bercampur-baur antara nak balik rumah dengan nak pergi daurah or tak.
Mana taknya, semua orang pun dah balik rumah dengan bahagianya.
Tinggal beberapa orang je kat aras tingkat 1 tu.

Part yang paling sedih - terkurung kat bilik laterinfo.

Alkisahnya begini~

Pagi sabtu dalam pukul 11 macam tu saya ke bilik laterinfo sebab nak settlekan SU-related matters.
As usual, typing and printing. (tapi tak print kat situ sebab macam mahal 1 page 20 sen, so nak print kat ree chin waktu outing).
Tengah2 menaip dengan lajunya (konon), kawan saya A datang ziarah saya dalam bilik.
Dia bukak and tutup pintu (tutup pintu rapat2) pastu borak2 dengan saya walaupun saya tak berapa nak fokus sangat dengan apa yang dia nak cakap tapi faham la.

Tak lama lepas tu, datang kawan saya B mempersoalkan bila nak keluar outing.
Dia bukak and tak tutup rapat2 pun pintu.
Saya nak gosok baju so B offer nak taipkan untuk saya, takut terlambat pulak nak bersiap.

Waktu tu barulah perasan ketiadaan tombol pada pintu bahagian dalam.
So nak bukak pintu dari dalam memang tak akan boleh.
Saya pun, 'Ya Allah, nasib baik B datang tengok kitorang kat bilik tu.

Outing...

Sehelai lima posen????!!!
Seriously terkejut, ingat dia salah tulis ke apa.
Bila ditanya, memang betullah seperti yang tercatat.
Maka habislah RM 30.50 untuk kertas yang tak berapa banyak tu.

Mood sedikit terganggu.

Balik terus nak settlekan kertas tu.
Staple kertas tu.
Baru perasan cina tu tak print habis.
Banyak page tak ada and ada satu page rosak.
Rasa nak nangis.

Pergi bilik laterinfo, on pc.
Tengah print, tiba2 teringat, 'Alamak, pintu tertutup!!!!'
Saya cuba untuk bukak pintu tapi tak dapat.
Saya bermonolog, 'Tak apalah, kejap lagi mungkin A or B datang bukak pintu'(malas nak serabutkan fikiran lagi)
Malangnya, sampai habis diorang tak jugak datang.

Maka saya pun berserah je lah.
Menunggu je sesiapa datang menolong.
Ada jugak intai2 kat tingkap sesape boleh tolong tapi memang tak ramai.
Ada sorang kakak ni pulak, saya jerit2 dari tingkat 2 tu tapi mungkin dia ingat saya bukan panggil dia kot. -_-'

Seriously waktu tu la baru nak rasa kebergantungan kat Allah.
Rasa macam nak nangis sebab kenapalah waktu susah baru nak ingat Allah.
Selama Allah bagi nikmat kat kita, ada tak kita cakap 'alhamdulillah'?
Bukan 'alhamdulillah', tapi 'yea!!' or yang sewaktu dengannya yang disebut dulu.

Betul2 rasa macam, tak bersyukur rupanya aku selama ni.

Teringat firman Allah,

".....Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."
(Ibrahim, 14 : 7)

Sob..sob...naudzubillah kita jadi orang yang mengingkari nikmat-Nya.

P/s : Nak share pasal daurah tapi mungkin bukan sekarang.

Assalamualaikum.

No comments: