Sunday, April 29, 2012

Kamu adalah sebaik-baik umat...

Bismillah.

Nampaknya blog ni sangat lama terbiar.
Tak apalah, who cares keh2.

Aku nak kongsikan satu cerita yang diceritakan sahabat aku kepada aku.

Katanya, dia ada seorang kawan kat sekolah lama dia.
Budak ni suka contact dengan lelaki.
Senang citer, tak menjaga sangat ikhtilat.
Gaya sampai macam ber'couple' pun ada jugak walaupun hakikatnya mereka tak ber'couple' pun.
Tapi, yang sedih, kawan aku ni kata, mulut dia tak terbukak pun nak menegur kawan dia tu walaupun niat di hati dah ada.

Di universiti....

Masing2 pun dah berpisah...

Si kawan ni masih dengan sifat dia yang dulu.
Ikhtilat masih tak terjaga.

Sampai satu hari ni, ada seorang kawan universiti dia kata kat dia,
'Kau bukan budak sekolah agama ke? Bukan ke tak boleh nak contact denagn lelaki?'
Ayat lebih kurang gini lah...
Yang pasti, ayat dia agak pedih la jugak.

And, dia sangatlah terasa dan menyebabkan dia sangat berubah...

Lepas tu, dia contact kawan aku and cerita segala2nya dengan menangis2.
Katanya dia sangat sedih sebab dulu kat sekolah tak pernah pun sesapa nak tegur dia.
Tengok2, kawan yang tak rapat and baru kenal dengan dia yang menegur dia.

Cerita ni sangat terkena dengan diri aku jugak sebenarnya.
Selalu jugak rasa bertangguh untuk mencegah yang munkar.



Kadang2 kita selalu rasa, 'Nantilah aku tegur dia, tunggu masa yang sesuai.'
Ataupun, 'Kena tegur dengan cara berhikmah, sekarang bukan masanya', etc.....


Ajak kepada kebaikan lagi senang agaknya.
Lebih2 lagi bila orang ang nak ditegur tu family, kawan rapat, etc.
Sebab bila nak cegah ni macam2 difikir, 
apa perasaan orang yang ditegur, nak ke tak dia kawan dengan aku lagi lepas aku tegur dia, etc...yang sewaktu dengannya.


'Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)'.
( 3 : 110 )


Betullah kan..nak jadi sebaik2 umat bukan senang.
Perlu ada mujahadah.
Tegur memang perlu berhikmah, tapi bukan sampai membiarkan maksiat berleluasa di sekeliling tanpa sikit pun rasa risau dengan masalah umat.


Tegurlah kerana itu tanda sayang kita pada mereka.
Wallahu a'lam.
:)

No comments: