Saturday, July 28, 2012

People tend to fail when it comes to practicality

Bismillah.

Setelah beberapa abad, akhirnya aku di sini.

Memang betul, kadang2, bukan kadang2, tapi hakikat, manusia sangat fasih bila bercakap tentang teori, sangat faham!
Tapi...bila sampai ke medan beramal untuk merealisasikan apa yang diperkatakan, sangat payah... SANGAT!

Telah Allah perkatakan,

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”
[As-saff:2-3]

Bukankah sangat takut kalau sampai Allah membenci kita?
Bagaimana kalau itu buah hati anda yang membenci anda, mahu menangis mengalir air mata darah. T.T

Perkara tu berlegar2 di bibir mulut kita.
Apabila kita bercakap tentangnya, fuh bukan main.

Terkesan dengan satu ayat yang aku baca daripada blog ukht yang dirindui, kak tiqa dalam 1 post nya :

Atas compang camping iman dan lesunya jiwa dalam beramal,
barangkali kerana nista hati dengan dosa-dosa dilakarkan diri.

Jom tingkatkan usaha atas IMAN dan AMAL!
Sementara Ramadhan masih bersama. :)

p/s : Entri ni ditulis lantaran kebodohan aku sedih atas natijah dunia sedangkan bak kata Ustaz Majid, sedih yang sebenar bukan di dunia, tapi di akhirat, bilamana Allah murka dengan kita (naudzubillah). Dan, bak kata dia yang menasihatkan, refleksi kita terhadap apa yang berlaku pada kita menunjukkan sahih atau tak aqidah kita.

No comments: