Monday, December 17, 2012

Semangat orang Herbalife

Bismillah.

Sebenarnya saya sangat kagum dengan semangat orang2 Herbalife. Mana taknya, once diorang ni join Herbalife, status FB diorang akan mulalah penuh untuk promote orang ramai supaya menggunakan produk diorang. Mungkin ada yang mula2 consume, lepastu selepas beberapa lama disantuni oleh coach diorang, diorang akan mula jadi distributor. Mungkin. Tak tahulah macam mana tapi ini apa yang saya nampak.

Saya bukan nak condemn orang2 Herbalife ni tapi ye lah, kagum. Once diorang yakin dengan produk diorang ni, means diorang nampak changes yang produk diorang boleh buat, diorang akan promote je bila ada peluang. Kat belog, FB, twitter pon ye kot (sebab tak aktif twitter). Satu je yang buat diorang ni jadi macam tu, YAKIN. 

Ye, diorang sangat yakin dengan produk diorang. Kalau nak promote muka memang convincing habis. Orang yang taknak consume Herbalife pun akan bertukar fikiran 360 degree. Sebab diorang sendiri dah 'rasa' produk diorang sebabtu diorang sangat yakin.

And, lagi satu, memang diorang sangat supportive to each other. Herbalifer dengan Herbalifer yang akan tolong mana yang kurang. Ajar macam mana nak promote. See? Kita yang melihat pun rasa sangat kagum dengan UKHWAH sesama diorang.

Macam mana pulak dengan orang2 yang buat dakwah ni? Produk kita bukan calang2 produk. ISLAM produk kita. Tapi pernah tak kita yakin dengan changes yang produk kita boleh buat? Malah, pernah tak kita tunjukkan produk kita ni boleh dipercayai? Berkesankah tarbiyah kita selama ni? Buat tak apa yang kita dok 'promote' kat adik2 usrah kita tu?

Adoi, kepala kena hempap batu.

Kita pun ada jugak akhawat yang akan saling menguatkan bila kita rasa down. Ukhwah kita atas dasar LILLAHI TAALA (not saying ukhwah diorang bukan atas dasar ni, k). Jadi, apa yang melemahkan kita?

Kita ni ialah orang yang mempromosikan Islam, sebaik2 produk mestilah di promosikan oleh sebaik2 manusia, kan? Takkan lah produk yang kita ada dari kecik ni masih tak meyakinkan diri kita?


أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
(Al-Baqarah : 44)

Saya taknak jadi orang yang melupakan diri sendiri.

Wallahu a'lam.

No comments: