Friday, July 26, 2013

Kita menolak al-hawa'

Bismillah wa alhamdulillah.

Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, Dia masih lagi mengizinkan kita untuk bernafas hari ni. 


Tarik nafas.

......


Hembus.



Sebagaimana malam ada pasangannya siang, lelaki pasangannya perempuan, baik pasangannya jahat, hak pasangannya batil, begitu juga hakikat kehidupan manusia atas muka bumi. 

Tarikan keimanan dan tarikan syaitan.

Setiap manusia tu, selagi namanya manusia, pasti tidak akan lari dari dua hakikat ni sebagaimana yang telah diungkapkan oleh seorang ahli hadits yang terpercaya, 'Mahmun bin Mahran rahimahullah,

"Tinggalkanlah setiap hawa nafsu yang diberi nama selain Islam."

Fitrah hati manusia, sentiasa berulang-alik antara dua hakikat ni. Berbolak balik antara keduanya. Walau macam mana sekalipun satu-satu manusia yang sangat yakin dengan keimanan dia, pasti dan pasti akan melalui dua hakikat ni.

Disebabkan itu, Muadz bin Jabal ra. berkata,

"Marilah kita duduk sebentar beriman sejenak."

Amat dan sangat pelik orang yang sudah beriman perlu duduk dan beriman, sejenak pulak tu.
Err, kepelikan.

Kenapa sahabat nabi cakap macam tu? Sebab dia telah nampak hakikat yang dikatakan awal tadi, iaitu hati manusia ni akan sentiasa berbolak-balik, antara tarikan keimanan dan tarikan syaitan. Manusia memerlukan peringatan secara konsisten. Dan peringatan tu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman (Adz-Dzariyat : 55)

Telah dikisahkan satu hari, sahabat Nabi saw, Hanzalah ra. telah merasakan dirinya munafiq. Apabila ditanya Abu Bakar kenapa dia cakap macam tu, dia jawab,

“Jika kita bersama Rasul saw., baginda mengingatkan kita tentang syurga dan neraka seakan-akan kita melihatnya, tetapi apabila kita pulang dan bergaul dengan anak dan isteri serta mengurus pelbagai urusan, maka kami sering lupa.”

Bila Abu Bakar ra. dengar, dia pun rasa macam tu, so dua orang sahabat ni pun pergi mengadu kat Rasulullah saw.

Nabi saw. jawab,

“Demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika kamu sentiasa berada di tahap yang sama seperti ketika mana kamu bersama denganku dan semasa mengingati Allah, nescaya malaikat akan berjabat tangan deganmu ketika kamu berhenti rehat atau berjalan! Akan tetapi wahai Hanzalah, ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu. (Baginda mengulangsebutnya tiga kali).”[HR Muslim]

Disebabkan itu, perlunya manusia mendapatkan nasihat daripada sahabat-sahabat yang sama-sama beriman, supaya hati kita tidak akan jauh daripada jalan keimanan.

Dan bila menasihati ni, mesti akan ada yang akan terasa hati or makan dalam. So, bila nasihat akan menjadi nasihat?

Bila seseorang tu menasihati saudaranya atas nama iman. Menegur sahabat kita bukan kerana dia best friend kita, or kalau-aku-tak-tegur-nanti-apa-kata-orang, etc.

Bila nasihat dilakukan atas dasar ni, insyaAllah peringatan akan terus menjadi peringatan. Kalaupun dia tak dengar time kita cakap tu, mungkin 10 tahun, or 20 tahun akan datang baru terkesannya peringatan tu atas dia.

Sesungguhnya Allah jualah yang memegang hati manusia.



-Sumber : Muntolaq by Muhammad Ahmad ar-Rasyid

No comments: