Friday, June 19, 2015

Inilah Islam

bismillah walhamdulillah.

in the midst of this hectic study week, i want to blog about a makcik whom i met in the toilet. she was very looking forward to talk to someone.

semalam saya masuk ke toilet, terjumpa makcik ni tengah kutip2 rambut dekat lantai. sayu sangat hati saya melihat makcik ni. umur dia hampir sebaya dengan ayah saya. saya perasan setiap kali saya masuk (saya keluar masuk toilet tu huhu) dia akan pandang dan senyum, lama.. seolah2 nak memulakan perbualan.

maka bila saya mula membasuh baju, saya pun memulakan perbualan. i came to know that she was a revert. Actually dia orang asli. dia kenal dengan keluarga angkat dia (muslim) dan mereka menghantar makcik ni ke perkim di PJ.

saya tanya dia, makcik seronok belajar agama? she kept on repeating, "bagus belajar agama ni. setiap kali kita rasa susah, kita zikir, solat, hati kita jadi tenang.."

-----

saya tak tahu kenapa tapi saya rasa nak promote satu buku ni kat semua orang.





terlalu banyak pencerahan yang saya dapat dari buku ni.  tengok cover macam malas nak baca je. tapi, believe me, surely you would love to read this!

ok, berbalik kepada makcik tadi, apa tah kaitan dengan buku ni? sebab buku ni cerita tentang hakikat agama ni. betapa islam ni menyantuni semua lapisan masyarakat kita harini. islam memenuhi kehendak2 manusia tak kiralah sama ada dia academician, musician, physician.. atau bibik kat rumah tu etc...

bagaimana?

ye lah, cuba kita bukak quran, kita pernah dengar saintis yang masuk islam disebabkan fakta2 sains yang terkandung di dalamnya. yusuf estes, he was a strong christian, music minister and preacher of the bible.. yusuf islam, a musician.. (i'm sorry for not being able to provide the proper facts) and this makcik, bagaimana islam telah menyantuni nya.

dan kita? bagaimana islam telah menyantuni kita?


islam adalah agama fitrah. tentu kita pelik bagaimana nabi saw seorang mampu menyampaikan tentang agama ni sehingga islam pernah mampu menakluk sebahagian dari dunia? kenapa dalam keadaan semua manusia dalam jahiliyah, mereka mampu sedar tentang hakikat ni? dan bagaimana kita, yang berada dalam fatrah dunia kini yang hampir sama dengan ketika nabi diutus, dengan banyak jahiliyyah di sekeliling, mampu untuk menghadapi semua ini?

pembaca boleh cari jawapan2 ini dalam buku syed qutb ni. biiznillah.

:)

-----

1215
200615


1 comment:

Saffana Baharuddin said...

why only the first sentence in english?