Friday, August 12, 2011

Madrasah tarbiyah

Bismillah. Assalamualaikum.

Gembira sebenarnya apabila saya ada satu wasilah untuk menyampaikan dakwah melalui blog. Mungkin saya bukanlah seorang penulis yang baik, but I'm trying.

Malam ni merupakan malam ke-12 Ramadhan. Oh, nampaknya kita sedang berada dalam fasa kedua iaitu fasa maghfiratullah. Jom sama2 hidupkan malam2 Ramadhan untuk meraih maghfiratullah. Amat rugi orang2 yang tidak merebut peluang ini sedangkan janji Allah cukup lumayan dibandingkan dengan dunia yang fana.

Madrasah tarbiyah.
Ya, apakah itu?
Kenapa dengan madrasah tarbiyah?
Oh, sebenarnya apa yang mahu di highlight kan di sini ialah, Ramadhan ni seolah-olah satu sekolah di mana kita masuk sebagai manusia lain, keluar sebagai manusia lain.
'Let's change for good.'

Tak faham?
Cuba bayangkan kita sewaktu tadika dulu, bagaimana kita sebelum masuk dan 'graduate' daripada tadika?
Sebelum tu, kenal huruf A pun tak lagi.
Tapi, setelah ditarbiyah oleh guru tadika yang cukup penyabar tu, tada~ inilah kita sekarang.
Mampu membaca dan menulis.

Jom kita renung2kan, mahukah kita sekadar melalui Ramadhan tahun ini tanpa tertarbiyyah sedikit pun. At least, kita perlu ada azam untuk mengikis sedikit jahiliyah yang tertinggal dalam diri.

Apa2 pun, I guess it's not too late to wish you-who-is-reading,
RAMADHAN KAREEM.

'Wahai orang2 yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.'
(2;183)

No comments: