Wednesday, September 7, 2011

Got something for this Raya?

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar.

Assalamualaikum.

Thinking that I haven't posted anything for Raya, so here I come hopefully with something that could benefit you.

Sempena Raya ni, macam2 benda yang aku tengok dan memang membuatkan aku berfikir. Aku bukanlah orang yang suka berfikir tapi, sekadar menambah perisa menyedapkan cerita. (LoL)
Anyhow, aku hanya sekadar menulis.

1. Apakah terjaga pandangan mata kita?

"Dan katakanlah kepada para perempuan beriman, agar mereka menjaga pandangannya..."
(An-Nur:31)

Yang lelaki sibuk mengintai2 anak dara, yang si wanita sibuk menjeling2 anak teruna. Boypren and girlpren saling tersipu2 malu berjumpa di rumah masing2. Ketahuilah bahawa pandangan mata itu adalah salah satu daripada panahan syaitan. Peliharalah mata daripada melihat yang bukan2. Apakah tegar kita menyalahgunakan nikmat yang diberikan Allah Tuhanmu dan Tuhanku?

2. Apakah terjaga aurat kita daripada yang bukan mahram?

"...dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat..."
(An-Nur:31)

Al-maklumlah, zaman dah berubah maka pesen pun kenalah berubah. Begitu kata orang. Apakah sanggup kita mengetepikan perintah Allah semata-mata ingin mengejar dunia? Kata2 itu seolah2 dunialah tempat pengakhiran sedangkan akhirat menanti.

3. Apakah sudah kamu melabuhkan tudungmu ke paras dadamu?

"...Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya...."
(An-Nur:31)

Satu lagi yang aku tengok, zaman sekarang, pesen tudung bukan main lagi, siap ada rambut palsu yang besar tu, nak kasi nampak tudung tu 'ternaik' sikit (I don't know what people call it). Bukankah itu menyamai bonggol unta? Tak cium bau sorga bagi yang memakainya. Tudung pula pendek sehingga menampakkan dada, dan kadang2 terkeluar jambul di depan. Bukan apa, sia2 kita pakai tudung kalau tak sempurna. Tak ke?

4. Apakah solat fardhu kita terjaga?

"Dan laksanakanlah solat...."
(Al-Baqarah:43)

Solatlah elemen penting yang kita perlu jaga, sebab itu perkara pertama dan utama yang Allah nak kira nanti di akhirat kelak. Tapi kita tak, bila dah sibuk bersembang itu ini, dunia pun tak ingat, orang sekeliling apatah lagi. Al-maklumlah, setahun sekali je jumpa, bila dah jumpa takkan nak sia2kan je. Itulah realiti kita hari ni. Apakah urusan yang lebih penting lagi daripada solat? Kadang2 kita pun pelik. Kenapa ya, aku dah sedaya upaya nak buat baik and taknak buat dosa, tapi buat jugak. Ya, solat kita perlu di check.

"...Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar..."
(Al-'Ankabut:45)

Adakah di awal waktu ataukah di penghujung waktu? Jangankan awal waktu, nak tunaikan satu solat pun payah. Naudzubillah. Apakah kalian ingin menjadi umat yang tak bersyukur?

Duhai sahabat duhai teman, apakah perbuatan yang kita lakukan sehari-hari itu untuk manusia, atau untuk Rabbmu? Check niat semula dan ayuh tingkatkan IMAN dan AMAL.

P/s: Saya tahu, sudah lewat untuk post tentang raya ni. Yela, dah berapa Syawal dah ni. But it's okay dude, as long as korang dapat sth daripada post ni. Oh ye, since sumeorang pun dah balik ke college or university or...etc, saya nak ucap, belajar rerajin jangan malas. Buktikan umat Islam sentiasa boleh!

assalamualaikum. :)

Anyway, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. :)

No comments: