Tuesday, November 22, 2011

Don't ya love 'em?

Bismillah.
Assalamualaikum.

Daurah : SHARING PALESTINE

Sabtu, 19 November 2011

Kitorang bertaaruf sesama sendiri.
Diorang buat game yang membuatkan aku tergelak sampai sakit perut(jangan tiru aksi ini).
Lepas taaruf tu, kitorang ditayangkan dengan video penggambaran riwayat hidup tentang 3 orang or specifically kanak2 la..kecuali seorang remaja perempuan, tentang life diorang lepas kehilangan family.
Waktu video ditayangkan ramai la jugak yang saya dengar tersedu2 menangis, termasuk saya tapi saya macho tak de la over sangat menangis tu huhu.
Bayangkan, bila2 masa je bom dilepaskan tentera Israel ikut suka hati diorang.
Kejam dan tak berhati perut.
So, better tengok sendiri sebab memang lama lebih kurang 2 jam+-.

Ahad, 20 November

(9.oo a.m. : Ghazwul Fikri)

Kak Shima, seorang sukarelawan yang menyertai Misi Kemanusiaan Aqsa Syarif ke Gaza 20-28 Ramadhan 14321H datang untuk memberi pengisian Ghazwul Fikri.
Ini antara yang dikongsi.

5 realiti umat sekarang :
1. Hiburan yang sia2.(6:32) Tapi berhibur kan tiada salahnya.
2. Mangsa fesyen. (33:59) Macam2 fesyen yang konon2nya Islamik yang ditayang-tayang especially WANITA.
(-_-')
3. Zina berleluasa. (17:32) Zina ni bukan zina persetubuhan haram sahaja tapi termasuklah zina HATI, sentuhan tangan, telinga, mata..... Astaghfirullah...berapa banyak dosa yang dah kita kumpul setiap hari?
4. Ramai pemuda-pemudi Islam yang lemah.
"Muslim men WERE like lions". Pemuda-pemudi sekarang....azan Subuh masih sedap lena atas katil.
5. Tak peduli realiti 1,2,3 dan 4. (3:14) Tahu memang tahu, tapi sikap TAK PEDULI menyebabkan kita hanya pandang perkara ni like...small matter la beb. Ni masalah umat, tahu?

Hati kita ni ibarat span. Mudah nak serap kebaikan atau keburukan. Bukan mudah nak jaga hati. Sebab tu lah, kata Rasulullah s.a.w.,

"...dalam jasad manusia, ada satu daging. kalau baik daging itu, maka baiklah jasad tersebut. kalau buruk daging itu, maka buruklah jasad tersebut. Ketahuilah daging itu ialah hati."

[Hadith]

5 perang pemikiran yang dilancarkan :
1. Sport. Bayangkan, disebabkan sebiji bola yang tak bernyawa tu, beribu-ribu malah boleh jadi berjuta-juta umat ISLAM terbabas Maghrib. Begitu lemahnya iman2 umat hari ni. Ada kita fikir pasal semua tu????!!!
2. Song. Sesetengah lagu ada bad lyrics yang kadang2 bersifat ketuhanan. Tak payah tengok yang di luar negara, Malaysia sendiri...dengan Idola Kecil nya..sampai adik kita dok sibuk jadi kipas-susah-mati diorang. Pening kepala jugak bila dari kecik dah diajar benda2 jahiliyah macam ni.
3. Sex. Rasa2 kalau tengok kat Harian Metro berlambak cerita pasangan kena tangkap khalwat la..zina sana..zina sini...macam tak de apa dah benda2 tu semua. Parah umat kita sekarang.
4. Smoke. Benda2 yang mengkhayalkan..dadah, arak..panadol pun boleh jadi..etc. Kat mana2 pun boleh cari. Hanya iman yang boleh menghalang.
5. Screen. Kalau solat pun sampai boleh jadi terlewat, kan? Cukup dengan menghadap Wajhulkitab.

Ini 5S, ada lagi 5F. Tapi penatlah menaip huhu.

(12.15 p.m. : Perkongsian pengalaman di Gaza)

"Mahasuci (Allah), yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami BERKAHI sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami...."

(Al-Isra', 17:1)

Kalau nak tahu, sekarang ni Israel dah keluar dari Gaza disebabkan Intifadha yang dilakukan secara besar2an. Cuma, diorang masih bebas bergerak di udara(so diorang boleh lepaskan bom dari udara la cis) dan masih mengawal sekeliling Gaza dan perairan Gaza.
Kalau kat perairan, nelayan tak dibenarkan untuk melepasi 3km dari darat.
Sepanjang 3km tu memang dah ada kawalan, siapa melepasi, akan ditembak serta-merta.
Tapi, setiap hari mesti akan ada 3, 4 orang yang akan mati bukan disebabkan diorang lepas 3km, tapi sebab hobi diorang menembak atau nak berlatih menembak.
Dekat kitab diorang tertulis diorang akan dapat pahala membunuh Muslim. Nonsense!

Nak dikatakan benarlah Palestin bumi berkat, diorang ternak ikan tilapia yang sepatutnya hidup kat air tawar, guna air laut yang dah dikurangkan masinnya.
Lembu di Palestin boleh menghasilkan susu lebih banyak daripada lembu2 di seluruh negara.
Tingginya lebih daripada Kak Shima (agak2 jela Kak Shima tinggi mana hoho) tapi memang tinggi sampai saya pun terkejut (ni betul terkejut taw!).
Bumi Palestin juga tempat yang paling banyak melahirkan huffaz.
Buktinya, Kak Shima kata pergi je kat siapa2 yang tengah jalan kat tepi jalan tu tasmi' diorang, confirm boleh baca.
Yang paling menarik!!!...sampai saya pun...SUBHANALLAH!!!! Palestin bebas dari masalah sosial!!
Nak tahu masalah diorang apa???--->>>MELEPAK
Tahu apa diorang buat waktu melepak???
It's either HAFAL QURAN or BELAJAR BERPERANG (bertumbuk2 sesama sendiri).
MASYAALLAH!! Speechless. Nak nangis bila compare dengan tempat sendiri.

Kata diorang, yang lebih memerlukan doa daripada kita umat Islam ialah orang2 di Masjidil Aqsa, bukan mereka di Gaza (sedangkan bila2 je diorang boleh kena bom).
Mereka di Masjidil Aqsa menggunakan tubuh2 mereka untuk menjadi benteng.
Subhanallah. Kitalah yang berhutang dengan mereka sebenarnya! Masjidil Aqsa tu milik siapa??? Bukan kita umat Islam??!!!!

Sebab tulah, JOM BOIKOT BARANG ISRAEL!!! SERIUSLI JANGAN PANDANG RINGAN BENDA NI.

4 barang yang menjadi penyumbang utama diorang :
1. Nestle (semua barang nestle ye..Milo ke...)
2. Coca Cola
3. McD (tolong jangan terliur dah tengok iklan McD atau lalu depan McD!)
4. Loreal (berwudhu' boleh serikan wajah what)

Berita baik, sekarang disebabkan adanya perkongsian2 begini (daurah, etc...) ramai orang dah mula boikot sampaikan McD kat satu negara ni dah ditutup sebab tak laku.
Malaysia je yang degil!!!

Dan, Israel dah mula berhutang!!!

1 dirham = 1 bullet.

Sanggup membunuh saudara sendiri???!!

Wallahu'alam. Sebarang fakta yang salah mohon diperbetulkan.

2 comments:

Anonymous said...

nice :D - rumet awk yg cantek tu

yang comel said...

geli jerrr - budak kiut:P