Saturday, December 17, 2011

Kau diuji pada titik kelemahan.

Bismillah walhamdulillah.

Baru balik dari driving class yang pertama.
Terima kasih cikgu kerana sabar mengajar sayaaa!!

Ok, abaikan.

Ya, setiap manusia pasti akan diuji pada titik kelemahannya.
Sebab tu, setiap kali ditimpa ujian, kita akan merasa sangaaaattt berat.

Tapi, bila Allah uji kita pada titik kelemahan kita, maka kita akan menjadi lebih kuat.
Lebih kuat untuk menghadapi ujian yang lebih berat, yang lebih dahsyat.
Dan Allah tahu setiap daripada kita pasti mampu menanggung ujian tersebut.(2:286)

Tadi, sebelum ke kelas, sesungguhnya aku diuji dengan kemarahan yang amat sangat.
Ada sesuatu yang berlaku, dengan lewat ke kelasnya, baju tak gosoknya, macam2 lagi yang menambahkan kemarahan.
Memang aku akan menjadi kurang sabar apabila diuji begini.
Semua benda tak kena.
Semua benda aku nak salahkan.
Rasa nak marah semua orang.
Seterika yang tak bernyawa tu pun kena dengan aku haha(kesian kau).

Tapi, bila difikirkan balik, tak ada benda yang dapat mengubah benda yang dah berlaku.
Marah lawannya sabar ya.
Buang masa je marah2.

Aku diuji dengan kemarahan, maka apa kata kita bersabar je.
Kan Allah pasti akan bersama orang2 yang sabar.(8:46)
Bila kita bersabar, hati tenang aje, tak stress.
Maka aku pun ke AMSA Driving Academy dengan jiwa yang tenang lagi tak sabar2 nak bawak kereta haha.

Pasti ada ganjaran di sebalik kesabaran itu.

Dan ingat, setiap ujian tu pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan.

ps : Aku tak sabar nak dapat lesen P yaw!
(erkk, kegedikan)

2 comments:

superserikandi said...

ati memang gedik, kita terberjangkit dengan awak. wak..nape marah ni? maqlooba habis ka? hew3

seorang hamba said...

xde maknanya maqlooba habis.