Thursday, October 25, 2012

Sahabat karib

"Wahai  celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia menyesatkan daku dari jalan peringatan al-Quran selepas ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia yang menjadikan dia sahabat karibnya. 

(Al-Furqan :   28-29)

 Ayat ini berkaitan Uqbah Bin Mu'ayyit iaitu sahabat karib Ubay Bin Khalaf. 

Suatu hari, Uqbah, iaitu salah seorang daripada pimpinan orang bukan Islam Quraisy menjemput Muhammad saw makan di rumahnya. Namun, Baginda saw tidak menjamah sedikit pun walaupun setelah berkali-kali dijemput makan oleh Uqbah.

Muhammad saw berkata, "Aku tidak akan makan kecuali selepas engkau mengucap dua kalimah syahadah." Walaupun Uqbah cuba mengelak, namun, bagi mereka, tetamu merupakan suatu yang sangat besar. Amat memalukan bagi mereka yang tidak memenuhi hajat tetamu. Akhirnya dia mengucap supaya Muhammad saw makan hidangannya.

Berita tentang Uqbah mengucap tersebar luas. Orang Quraisy semakin geram. Yang paling marah ialah Ubay Bin Khalaf, sahabat baiknya.

Dia berjumpa dengan Uqbah dan berkata, "Wahai Uqbah, jangan engkau tengok muka aku lagi selepas ini. Engkau bukan sahabat aku lagi sehingga engkau meludah ke muka Muhammad. Bagaimana engkau boleh mengucap di depannya, seperti itu jugalah engkau pergi meludah muka Muhammad."

Uqbah tersepit antara dua. Muhammad atau pembesar-pembesar Quraisy iaitu kawan-kawannya. Akhirnya, dia memilih sahaba-sahabatnya. Dia pergi meludah ke muka Muhammad saw. Namun, Baginda saw tetap bersabar. 

Maka, turunlah ayat 28 dan 29 daripada Surah Al-Furqan.

Uqbah hampir-hampir Islam, tetapi sahabatnya Ubay merosakkannya. Di akhirat nanti, dia menyesal dan menggigit jari, menyesal dan menderita yang tidak ada kesudahan kerana menolka Islam yang sudah ada dalam tangannya.

Berbeza dengan Hamzah Bin Abdul Mutalib, bapa saudara Baginda saw.

Suatu hari di Kaabah, Nabi saw dicerca dan dikutuk oleh pembesar-pembesar Quraisy termauk Abu Jahal, iaitu Amru Bin Hisyam. Muhammad saw tetap bersabar dan bertenang. Ada seorang  perempuan yang menyaksikan kejadian tersebut dan berlalu meninggalkan Kaabah kerana tidak tahan melihat Nabi saw dihina begitu. Dalam perjalanan, dia bertemu Hamzah yang baru pulang daripada memburu singa dan mengadu perkara tersebut.

Kata Hamzah, "Adakah tidak ada orang bangun mempertahankan Muhammad dan menghalang Abu Jajal." Perempuan tersebut membalas, "Tidak ada, wahai Hamzah."

Hamzah yang belum Islam pergi ke Darul Nadwah dan memukul Abu Jahal sehingga berdarah kepalanya. Hamzah berkata dengan tegas, "Apakah kamu menghina Muhammad sedangkan aku juga masuk agamanya?" Hamzah berkata tanpa sedar.

Tiada siapa yang berani melawan Hamzah. Suku Abu Jahal, iaitu Suku Makhzum, bangun bagi membela Abu Jahal namun tidak dibenarkan Abu Jahal. Dia mengaku bersalah kerana menghina Muhammad saw anak saudara Hamzah. 

Hamzah terfikir bagaimana kata-kata itu keluar daripada mulutnya, sedangakan dia belum Islam. Dia bermunajat kepada Tuhan, "Kalau ini adalah kebenaran dan kebaikan datangkanlah keyakinan ke dalam hatiku, tetapi kalau sebaliknya, berilah jalan keluar kepadaku."

Hamzah berkata, "Selepas itu Tuhan campakkan keyakinan ke dalam hatiku." Dia terus mencari Muhammad saw dan mengucap syahadah.

Sunggu berbeza dua orang ini. Kedua-duanya telah ditunjukkan jalan. Tetapi, Allah jualah yang memberi petunjuk. 

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah pertunjuk kepada sesiapa yang dikehendakkiNya (menurut undang-undang peraturanNya)"

        (Al-Qasas: 56)

...........


Ya, kehidupan kita bukanlah seperti kehidupan orang-orang di atas. Sahabat kita bukanlah orang-orang yang mengajak kepada syirik kepada Allah, na'udzubillah... Tapi, sejauh mana kita dipengaruhi atau mempengaruhi sahabat kita ke arah kebaikan. Kadang-kadang, aku rasa sahabat yang rapat dengan aku bahkan telah terpengaruh dengan sikap buruk aku. Buktinya, kalau nak tegur tentang perangai buruk itu, aku jadi malu sebab rasanya macam diri sendiri pernah buat. Terasa diri macam tak bernilai. Tak membawa pengaruh yang baik kepada orang sekeliling. Sebab tu kata orang, tengok diri sendiri dulu sebelum nak tegur orang. Ya, memang bukan tak boleh kalau nak tegur walaupun kita sendiri pernah buat, tapi kan, qudwah qabla dakwah. Nak bagi orang yang ditegur berubah pun susah sebab orang yang ditegur melihat orang yang menegur pun tak buat apa yang ditegur. Err.. paham ke tak ni.. Cakap tak serupa bikin. Tapi, kalau macam tu lah konsepnya, sampai ke sudah tak ada yang menegur. Dan kalau begitulah konsepnya, dakwah takkan tersebar. Ye tak?

Apa-apa pun sebenarnya, segala perubahan memerlukan mujahadah and that ain't easy. :)





No comments: