Wednesday, November 14, 2012

Metamorphosis.

Salam Ma'al Hijrah buat semua.

Ehem, sungguh lama tak update blog, tak keruan rasanya.
Ahahahaahah, main guna je perkataan tu.

Sempena Tahun Baru, ada azam yang ingin aku capai.

Kurangkan buat benda lagha.

Antara benda yang aku rasa boleh dipraktikkan :

-kurangkan berpesbuk...

-banyak-banyakkan baca buku ilmiah, especially SIRAH nabi....

-mungkin jugak aku perlu habiskan ambik lesen yang dah tertangguh setelah sekian lama huhu...ini untuk kepentingan masa depan...

-PALING PENTING! Luangkan lebih banyak masa untuk mengulang kalam Allah.

Lagi-lagi sekarang ni musim cuti, lagi-lagi lah masa lapang tu ujian yang sangat besar rasanya.

Aku nak kongsi satu benda yang aku baca dalam buku 'Sudahkah Kita Tarbiyah?' tulisan Eko Novianto.

Dalam satu tajuk kecik dalam buku ni, beliau ada berkongsi tentang metamorforsis.
Katanya, insan-insan produk tarbiyah ni seperti ulat yang selalu melakukan metamorfosis menuju kondisi yang lebih baik. 


Insan tarbiyah bukanlah ulat yang bertahan menjadi ulat. Dia sanggup meninggalkan lazatnya dedaunan untuk sebuah masa depan. Bila fasa kepompong berakhir, ulat ini sanggup merobek kantung tidurnya dan terbang tinggi ketika saat untuk terbang telah tiba. Hangatnya kantung kantung kepompong dengan segera mereka tinggalkan.
Inilah perubahan yang sangat susah untuk dilakukan.
Bukan senang untuk mengeluarkan diri daripada satu kebiasaan.
Apatah lagi bila satu-satu kebiasaan tu dah jadi habit.

Sebenarnya...semuanya memerlukan mujahadah. Kan?

Macam ulat ni la...sanggup tinggalkan keenakan dan kehangatan tidur kat dalam kepompong.

Sungguhlah, setiap sesuatu tu ada pengajaran yang boleh kita ambil. 
Walau sekecik-kecik perkara.

No comments: