Thursday, May 30, 2013

Jangan jadi monyet!

...............

Analogi :

Bayangkan seekor monyet yang panjat pokok kelapa. Kalau angin yang kencang, ribut taufan datang, adakah monyet ni akan diterbangkan jatuh dari pokok kelapa? 

Tak, bahkan dia akan lebih mengeratkan pelukannya pada pokok kelapa.

Tapi, bagaimana kalau monyet ni didatangkan dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa? Dia akan leka dengan angin tersebut dan lama-kelamaan pelukannya pada pokok akan lerai. Maka jatuhlah dia ke tanah.

Nah, itulah analoginya.

Dalam kita nak sampaikan dakwah, pasti dan pasti ada ujiannya. Dan ujian tu boleh jadi ujian kesusahan dan ujian kesenangan. Kadang-kadang tak semua orang sedar bahawa kesenangan itu juga ujian. Sebab tu ujian kesenangan ni, ramai yang mudah tertipu dan tanpa disedari termasuk perangkap ujian ni.

Maka, beruntunglah bagi yang sentiasa bersiap-siaga dalam menghadapi ujian-ujian ni.

Sebab, hidup ni memang takkan pernah lari dari ujian.

A002
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-'Ankabuut 29:2) 

Credit to : Filem Sang Murobbi

No comments: