Tuesday, May 28, 2013

Alahai blog

Bismillah.

Saya tahu saya sangat jarang update blog. Sebab dalam fikiran saya, siapalah yang nak membaca blog saya ni. Dan saya juga bukanlah seorang yang pandai menulis.

Tapi, saya mulai sedar bahawa mempunyai blog merupakan sesuatu yang bermanfaat. Hari-hari saya bisa menulis apa sahaja yang ingin dikongsi, tak kiralah ada yang mahu membaca ataupun tidak. Kerana sesuatu yang kita buat tu haruslah dibersihkan niatnya kan. 

Kalau kita menulis sahaja sudah dapat pahala kerana niat kita untuk menyebarkan kebaikan.
Kalau ada yang membaca, ada lagi pahala.
Kalau yang membaca mendapat manfaat daripada tulian kita, dapat lagi pahala.
Kalau yang membaca beramal dengan apa yang ditulis, dapat lagi pahala.

Nah, bukankah begitu mudah!

Lebih-lebih lagi untuk yang join usrah, bukankah ini salah satu medan untuk kita share segala ilmu yang dikongsi? ;)

Thanks to blog ini kerana memberi kesedaran kepada saya.


No comments: