Friday, May 24, 2013

Rijal Yang Benar

Diantara orang-orang mukmin ada orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur dan ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah janjinya”. (Al-Ahzab: 23)

Berada di rumah di kala sahabat yang lain sedang berprogram, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dalam hati. Sedih kerana tak berpeluang menghabiskan program bersama yang lain. 

Setiap manusia pasti ada cabaran dalam hidupnya. Dan cabaran aku ialah ini. Mungkin sekarang, aku masih belum kuat untuk menghadapi cabaran ni, tapi yang sangat-sangat aku harapkan ialah doa sahabat-sahabat supaya aku terus kuat, dan thabat.

Dan aku tak mahu menjadi rijal yang gugur itu. Aku mahu menjadi rijal yang menepati apa yang telah dijanjikan. Dan menjadi rijal yang BENAR, yang menunggu-nunggu janji Allah kerana janji Allah itu pasti. 


2 comments:

ha|ana|zak25 said...

Insha-Allah,
siapa yang benar dengan niatnya, maka Allah akan membenarkannya.

alAnkabut : 69

Cahaya Kemuliaanku said...

insyaAllah kak. doakan sy..