Sunday, October 20, 2013

perubahan

bismillah.

sedar atau tidak, dalam hidup kita pasti ada perubahan yang berlaku. mungkin banyak, mungkin jugak sikit. tapi pasti ada. 

contohnya, kalau time kecik2 main kejar-kejar pun satu benda yang sangat seronok. main nyorok-nyorok pon haha! tapi sekarang, tengok budak2 yang main akan terfikir apakah keseronokannya saya bermain benda ni dulu. 

minat kita berubah. 

ya, minat. kecenderungan kita terhadap sesuatu pasti berubah. 

kalau dulu time sekolah menengah kalau cerita bab kahwin macam tak faham lagi. tp bila umur dah menginjak, dan ada pula kawan yang sudah mula mendirikan rumah tangga, itu bukan satu benda yang pelik dah.

maka, menyedari hal ini, baru-baru ni(ok poyo), haritu tengah syok makan, (lagi2 sekarang ni musim oran nikah kan so banyaklah kendurinya) saya baru tersedar yang saya sudah mula menyukai makan sayur. kalau dulu, hanya bayam dan kangkung sahaja sayuran yang tekak saya boleh terima. tapi sekarang, hmmm, sedap jugak kobis and kailan kan haha. 

itu semua hanyalah selingan kekeke.

hidup ni perlunya perubahan dari yang tak baik kepada yang lebih baik. kalau soal makan tadi and game zaman dolu2, itu semua perubahan yang natural, tanpa dipaksa-paksa. bagaimana pula dengan perubahan yang perlunya paksaan dan mujahadah kita?

contohnya kalau dulu kita susah sangat nak bangun subuh. tapi, bila meningkat dewasa dan meningkatnya kefahaman kita terhadap islam, kita pun mula untuk menjinak2kan diri subuh di awal waktu. dan seharusnya satu2 amalan itu ada peningkatannya kan. mungkin boleh start untuk qiyam dan sebagainya.

inilah perubahan yang perlunya paksaan, dan sudah tentu hal ini sangaaaaaaaaaaaatttt susah. kecuali bagi orang2 yang bermujahadah ke arahnya. pasti dan pasti allah akan tunjukkan jalannya.

yakinlah!

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
"Orang-orang yang berjihad di jalan kami, pasti akan Kami tunjukkan pada mereka jalan-jalan Kami."

1 comment:

bestie said...

yeahhhhh makan sayur! bangun pagi awal!