Saturday, August 10, 2013

alhaqq wal baathil

peperangan antara hak dan batil takkan pernah berhenti, ya, takkan pernah. berhenti.

maka, dengan itu, kadang-kadang, kita memerlukan ruang dan masa untuk membetulkan segalanya. kita perlukan sedikit masa untuk membetulkan keadaan, untuk reflect segala benda yang dibuat. untuk ditapis mana yang sepatutnya seorang daie tu perlu buat, perlu jauhi atau buang.

dan manusia tu takkan selamanya kuat melainkan dengan bantuan Allah. maka, perlunya attachment yang sangat baik kepada pencipta segala macam masalah, segala bagai kerumitan hidup. kerana Dia jualah yang maha kuat.

betul kan? jahiliyah tu sentiasa berada di keliling kita. hanya orang yang mengenali hakikat yang bagaimana jahiliyah ini yang akan dapat menepisnya dengan mudah. manakala yang kabur-kabur akan kehadirannya akan terkapai-kapai dalam tipu daya si jahiliyah ini.

maka kau perlu kuat untuk itu!

hasbunallahu wa ni'mal wakeel.


No comments: