Sunday, March 2, 2014

teguran

Bismillah. Nampaknya sungguh lama blog ni tidak ku singgah. Apatah lagi untuk mencoretkan sesuatu.

(ok, done with the intro) heheh

Actually, saya nak share satu ayat yang saya kira cukup menyentuh perasaan saya ketika saya baca terjemahannya. Well, tak semua terjemahan yang kita baca pada waktu tu kita akan terkesan. Boleh jadi ayat tu Allah simpan untuk kita pada masa yang lebih cocok untuk kita tadabbur kan?

وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ.
Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bagian
(Az-zariyat : 19)

Memandangkan saya sekarang sedang menjalankan bisnes kecil-kecilan (sangat kecilan ok) maka ayat ni saya rasa saaaaangat222 Allah nak tuju pada saya. Tambah2 lagi Selasa tu baru pergi pasar malam. Almaklumlah kalau dah pun namanya pasar malam, mesti penuh dengan peminta2 sedekah yang kadang2 saya jadi sangat ragu2 untuk hulur duit.

Bila baca ayat tu, sungguhlah Allah nak tegur sikap saya yang agak berkira untuk keluarkan duit buat mereka2 yang meminta2 dari saya. Itu orang yang meminta. Kalau yang tak meminta? Mungkin sangat jarang untuk saya ingat pada mereka. 

And, betullah, kalau setiap dari Muslim tu mengamalkan perintah Allah dalam ayat ni, agak2nya ada tak para peminta sedekah. Ye, mungkin ada tapi takkan seramai harini yang kita tengok baru berapa langkah lepas dari satu peminta sedekah, ada lagi sorang, lagi dan lagi. 

Dan satu lagi. Allah nak ajar saya bahawa harta yang ada pada saya harini bukan hak saya walau sedikit pun. Sungguhlah Allah sangat memahami situasi hambaNya. Pada setiap keadaan apa pun kita, pasti ada teguran2 yang Allah tuju pada kita. 

Setiap keadaan. miskin, kaya, tua, muda, ibubapa, anak, sahabat dan lain2.

end.

No comments: