Friday, April 11, 2014

Randomly random

Bismillah. 

As usual, sangat lama saya menyepi  membawa diri. (eiceh padahal takde idea nak update heheh)

Allahuakbar, Subhanallah, Allhamdulillah. Sangat banyak nikmat yang Allah telah kurniakan untuk diri saya. Sangat sangat dan sangat tak terkira. 

Nikmat berada di atas jalan tarbiyah dan dakwah ni ialah nikmat yang saya rasa tak pernah terfikir dek akal. Rasa nak nangis setiap kali teringat betapa beruntungnya saya. Tak dapat dibayangkan andai Allah tak memilih saya untuk bersama2 dalam gerabak ni. 

Sebenarnya yang memerlukan dakwah itu kita. Andai kita tak mahu (refuse) bersama2 dengan dakwah, maka Allah pasti akan gantikan kita dengan orang lain yang lebih layak berbanding kita. Hakikatnya, kita perlukan dakwah tu. Sebab apa? Sebab andai dakwah diabaikan, maka berapa ramai sahabat2 kita di luar sana yang akan datangkan hujah bahawa kita tak pernah ada effort untuk menyampaikan.

Andai telah ada effort kita untuk dakwah, maka Allahlah sebaik2 pemutus hujah2 mereka kelak. Namun, perlu diperhatikan adakah kita sudah cukup all-out dalam dakwah ni? Atau kita hanya sekadar jadi 'penumpang gelap' yang hanya berbangga dengan title 'daie', 'murabbi', dan sebagainya? Dah cukup kuat berkerja ke kita ni? 

Andai kita lihat Nabi saw. pasti dapat kita lihat betapa besarnya 'tadhiyah' baginda. Saya rasa sangat kecil dibandingkan dengan para nabi dan sahabat. 

Dah cukup bersabar dengan karenah mad'u yang berbagai? Bagaimana Nabi Nuh yang telah mengajak kaumnya untuk beriman selama beratus tahun tu, sangat bersabar kerana walau bertahun mengajak mereka kepada Allah, hanya sedikit yang beriman. Tetapi bilangan yang sedikit itu sangat berbaloi kerana ada usaha padanya. 

Allahu Allah.....................

Moga aku, dan kau juga, teruss thabat!

No comments: