Sunday, August 24, 2014

Commitment

Bismillah.

Seringkali kita terlepas pandang benda ni. Bukan 'kita'. Mungkin saya seorang. Maka, anggaplah 'kita' itu equivalent to diri saya sendiri.

Setiap kali membincangkan masalah-masalah yang berlaku dalam halaqah, yang selalu disebut-sebut ialah masalah komitmen adik-adik pada tarbiyyah. Kita mahu mereka menjadi seperti diri kita. Nak fahamkan mereka apa yang kita faham, supaya mereka yakin dengan amal-amal jamaie yang menuntut mereka untuk melakukan sesuatu.

Semua orang tahu, masalah komitmen ialah masalah yang sangat besar. Selagi dia tak mampu nak berikan komitmen pada program tarbiyah, bagaimana mungkin dia akan bersedia untuk komit pada program yang diuruskan sendiri (terlibat secara langsung dalam program). Akan tetapi, satu perkara yang sering terlepas pandang ialah --- komitmennya pada Allah.

Tanya diri sendiri, bagaimana dengan mutabaah amal mutarabbi? Tahajudnya? Tilawahnya? Hafalannya? Dan yang terlebih penting ialah bagaimana dengan si murabbinya punya amal? Boleh jadi penyebab segala benda datangnya segala masalah ialah berpunca daripada amal sendiri. Kurangnya mengadu pada Allah sampai2 kita jadi too dependent on our own effort. Punya lah syok cakap pada mutarabbi, tapi lupa bahawa peringatan tu sepatutnya untuk diri sendiri jugak.

Kita tak nak melahirkan daie yang pung pang sana pung pang sini, tapi akhirnya, tahajudnya terlepas, subuhnya lewat. 

Macam mana tah Allah nak bagi kemenangan kalau macam tu?

1 comment:

Saffana Baharuddin said...

betul tu tee. murabbi pon kena berkali ganda berkomitmen pada Allah kan. tapi opkos iman is not a constant thing, the mujahadah that matters the most. tapi kerana jaga niat. jangan sampai kite jaga mutabaah sebab 'nak orang terima dakwah kita'. nauzubillah..