Bismillah. Subhanallah wal hamdulillah. Alhamdulillah hadza
min fadhli rabbi.
Usai tamat liqa’ usrah aku terus berkejar ke laptop ku ini
untuk menulis bait2 kata di sini. Betapa aku tak mahu rasa ini hilang dari
diriku untuk dinukilkan di sini sebagai penguat buat diriku di masa2 yang
mendatang.
Subhanallah. Benarlah. Andai kita ikhlas dan benar kerana
Allah dalam melakukan sesuatu, pasti dan pasti Allah akan kurniakan pada diri
kita sesuai dengan apa yang diminta.
Hari ini kami meneliti tafsir surah ad-duha. Walaupun surah
ini sudah acap kali kami bincangkan dalam usrah, setiap kali kmami mengulangnya
pasti tidak gagal untuk membuatku menangis dan berasa menyesal atas
kekhilafanku sebelum ini.
Sangat banyak ibrah yang boleh diambil. Nabi saw itu seorang
yang lebih susah bahkan orang yang paling susah dan paling diuji atas jalan
dakwah ini. Bahkan dialah orang yang paling sibuk di dunia ini. Dialah orang
yang paling mempunyai masalah di dunia ini. Andai kita memilih untuk mudah dan
senang hidup di dunia ini, tak usahlah kau mengikut Rasul saw! Tak usahlah kau
ikut nabi saw andai kau tak mahu mencari masalah. Masalah umat.
Sebelum ke liqa’, bermacam-macam perasaan bermain-main
difikiranku. Sudah lama rasanya aku tidak bawa pengisian tafsir dek kerana
banyak agenda lain yang lebih utama yang perlu diselesaikan. Disebabkan itu,
aku berasa sangat berat sekali untuk bawak tafsir ini.
Tapi, sekali lagi Allah memberikan rasa ketenangan yang aku
takkan dapatkan di majlis2 lain. Tak dapat di kelas2 pengajian, tak dapat di
majlis2 borak dan gossip bersama kawan. Tapi di usrah. Ya, usrah!
Kisah nabi saw dalam alquran ini sangat menyentuh diriku. Dan
pendapat2 dari ahli2 yang lain sememangnya memberi suntikan yang baru untuk aku
terus berdiri teguh atas jalan dakwah ini. Subhanallah. Siapakah yang lebih
pantas untuk dijadikan qudwah di jalan dakwah ini kalau bukan nabi saw? (33:21)
Di akhir liqa', sentiasa diingatkan supaya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah kerana tanpanya, bagaimana mungkin daie tersebut ingin mengikat hati2 manusia kepadanya. Kerana amal2 kita yang akan menjadi magnet untuk menarik manusia2 ini kepada Allah. (bagaimana menyentuh hati, Abbas as-sisi) Maka, sentiasalah memerhatikan mutabaah amalmu!
No comments:
Post a Comment