Thursday, February 5, 2015

tadhiyah

menjadi seorang daie itu perlu ada tadhiyahnya.

apakah itu tadhiyah?

tadhiyah = pengorbanan.

di saat manusia lain menggunakan wang mereka seenaknya demi memuaskan nafsu mereka, daie itu dengan rela paksa mengikat perutnya demi dakwah ini.

maka allah ajari puasa yang punya banyak sisi-sisi kebaikannya.

di saat manusia lain sedang sibuk bersengkang mata berlumba-lumba dalam akademik demi sebuah keputusan '4 rata', daie itu bersengkang mata demi memikirkan tentang anak binaannya, menyusun agenda-agenda dakwah di universitinya.

maka allah ajari surah al-asr agar daie itu sentiasa memperhatikan waktu-waktu yang dilalui sehari-hari.

di saat manusia lain sedang lena dibuai mimpi di atas tilam yang empuk, daie itu sedang sibuk bertahajjud bermesyuarat dengan tuhannya, mengadu segala yang membungkam dada.

maka allah ajari bahawa solat malam itu bisa memberi kekuatan buat sesiapa pun (73:6)

terlalu banyak untuk ku ukir di sini setiap tadhiyah yang daie itu lakukan. namun, tidak malukah kamu kerana mengaku daie tapi di mana tadhiyahmu?! di mana pengorbananmu? apakah dakwah ini cuma kamu lakukan di waktu lapangmu?!

benarlah kata-kata sang murabbi agung ustaz rahmat abdullah bahawa setiap orang mampu melakukan dakwah, tetapi tidak semua mampu cintakan dakwah.

selayaknya bagi jiwa-jiwa yang menajamkan dirinya di jalan ini
menjadikan dakwah sebagai laku utama
dialah visi
dialah misi
dialah obsesi
dialah yang menggelayuti di setiap desah nafas
dialah yang akan menghantarkan jiwa-jiwa ini kepada ridha dan maghfirah Tuhannya kelak


No comments: