Saturday, March 28, 2015

refleksi dari iman

bismillah.

setelah sesi tazkirah itu aku pas kan kepada ukhti yang lain, aku keluar sebentar naik ke bilik kerana ada hal yang perlu diselesaikan. sejurus selepas itu terusku bergegas turun ke musolla mahallah untuk kembali bersatu dalam bulatan kecil yang aku perasan mula bertambah ahlinya sejak lepas maghrib tadi. cuma sesi tazkirah santai. namun, bukankah peringatan tu bermanfaat buat orang mukmin? dan fitrahnya manusia sering mencari2 kebaikan.

jauh di sudut hatiku, sedikit sebanyak aku berterima kasih kepada si ukhti tersebut kerana dialah aku rasa aku mudah bermuayasyah dengan adik2 batchku. sifatnya yang ceria, happy-go-lucky dan mudah masuk dengan semua orang memudahkan orang lain mahu mendekatiku yang kononnya dikatakan berwajah garang dan tak mahu senyum. huhu. ok bisa diabaikan part ni.

ku renung satu persatu wajah suci adik-adik satu batch ku itu. bersama telekung2 mereka yang meriah warnanya. mereka ialah mad'u2 potensi yang sangat dekat dengan kami para akhawat satu batch. mereka, pada mereka adanya jiwa2 yang mahukan kebaikan, mahukan islam. kalau tidak masakan mereka sanggup turun ke musolla dalam fatrah exam begini. 

aku sayangkan mereka. aku sedari hal ini. kami satu batch yang berjumlah 40 orang sisters ini memang agak rapat. mungkin atas faktor satu kursus yang sama, tempat tinggal yang berhampiran dan banyak masa yang diluangkan bersama menjadikan antara kami wujud rasa sayang antara satu sama lain. apatah lagi apabila kerap dianjurkan sisters' night yang diusulkan oleh akhawat seniors untuk dihidupkan dalam batch. dan dimudahkan lagi apabila yang memegang biro kerohanian batch ialah ukhti itu.

namun, dalam setiap rencana itu, ada persoalan yang perlu aku renungkan. terus ku persoalkan pada diriku. apakah yang telah aku lakukan pada mereka sejak kami bersama2 melangkah masuk ke bumi ini untuk meneruskan pengajian? selama bersama mereka hampir 6 bulan lebih, sampaikah mesej islam kepada mereka yang kerap kali kita sampaikan pada mutarabbi di dalam halaqah2? 

bukan tak pernah semangatku luntur bila makin sibuk dengan study. sedangkan yang membuat diriku sibuk tak lain dan tak bukan rawasib jahiliyyah pada diri ini.

semangatku pernah luntur apabila mad'u yang diajak seakan2 tidak memberi respon positif terhadap ajakanku. sedangkan bukan aku tak tahu bahawa nabi nuh mengajak kaumnya beriman bahkan beratus tahun namun hanya sebahagian yang beriman. bukanku tak tahu bahawa nabi kita saw. sampaikan berlumuran darah mengajak manusia di taif untuk beriman.

bukanku tak tahu bahawa aku masih belum all-out dalam mengajaknya! maka bila tak diterima terus dikatakan bahawa ini mad'u tak berpotensi. apakah?!

bukan tak pernah aku jatuh futur. bukan sekali bahkan berkali2.

aku sedar akan hakikat ni. bila aku mula menjadikan dakwah bukan prioriti nombor satu. bila banyak alasan2 yang membuatku bersenang2 dalam dakwah.

tidak. ini bukan jawapannya. ini semua tak lain dan tak bukan, refleksi dari iman.

yang mungkin jauh dari tuhan. ibarat hamba yang tak kenang bertuan.






-------

1330
29032015



No comments: