setiap minggu pasti kita dihidangkan dengan kisah-kisah sahabat, sirah-sirah nabi yang mana pasti kita menangis apabila mendengar kisah mereka yang telah berjuang dan mati di jalan dakwah.
terlalu banyak ayat-ayat quran yang telah dihafal dan ditadabburi oleh kita para duat khususnya. terlalu banyak.
ya. terlalu. banyak. too much theories.
tapi, sebanyak ini, wahai ikhwah akhawat, sejauh mana amal mu? sejauh mana amalmu itu? maka, saya yang menulis ini haruslah bertanya pada diri saya sendiri kerana post ni khas buat saya yang mulai rasa lemau dalam dakwah. maka, tepuklah dada tanya iman.
kerana itu, ikhwah akhawat, dapatan dari usrah, daurah dan wasilah-wasilat tarbiyah yang lain, tak lain tak bukan untuk kita amal. dan amal itu menuntut kepada paksaan. ya paksaan.
amal. amal. dan amal.
amal. amal. dan amal.
tanpa paksaan mana mungkin kita yang dulunya amat beramah mesra dengan kawan berlainan jantina boleh begitu menjaga ikhtilatnya kini? kita yang dulunya pakaian tak sempurna menutup aurat, kini boleh bertudung labuh? kita yang dulunya pemalas tak ingat dunia, dengan penuh mujahadahnya mengikis jahiliyah ini. yang dulunya banyak tidur, banyak makan, banyak buang masa, banyak ini dan banyak itu, semua ini kita cuba kikis selepas mengenal tarbiyyah dan dakwah. kerana kita tahu bahawa jahiliyyah ini yang akan mengambil masa kita tanpa kita sedari.
mana mungkin dikatakan dakwah telah mengambil masa kita dan menjadikan kita fail dalam exam kalau masa-masa kita masih dipenuhi dengan movie-movie lagha, lagu-lagu lagha, game-game lagha. semua lagha-lagha belaka. dan bagi seorang duat, kadang2 bukanlah movie2, game2, lagu2 ni yang menjadikan mereka lagha.tapi facebook, whatsapp, telegram, yang asalnya harus namun syaitan bijak menjadikan mereka ini berlama-lamaan dengan perkara harus sehingga kerja tertangguh. syaitan lah yang bersalah di sini ye. maka jadilah duat yang mula beralasan bilamana assignment tak siap, buat last minute. dan semua kerja jadi last minute dan bertangguh. maka terus-terusanlah syaitan dipersalahkan.
kerana itu, tarbiyyah dzatiyyah itu perlukan paksaan. dan siapa lagi yang boleh berikan paksaan ini kalau bukan kita? nafsu kita wajib dipaksakan supaya mengikut arahan tuannya! nafsu itu perlu dididik dan dijinakkan!
yes, i'm telling this to myself first before anyone else.
----
----
2153
140415
No comments:
Post a Comment