segala puja dan puji hanya untuk Allah atas nikmat masa lapang yang membolehkan saya update blog dan nikmat kesihatan yang kalau Allah nak tarik, anytime it can happen. alhamdulillah 'ala kulli haal.
harini kami ada satu event yang dianjurkan. harini ialah closing event setelah berlangsungnya program selama beberapa minggu yang lepas. dan seperti biasa, hari-hari saya menjadi semakin sibuk dan bertambah komitmennya.
bukan niat saya hendak bercerita tentang program tersebut. harini sedang saya dalam perjalanan ke dewan, dalam keadaan yang termengah2 kerana berjalan agak laju, terlintas di fikiran saya tentang kesibukan saya selama ini, (or u may call it 'perasan sibuk' ) apakah diredai Allah atau tidak. adakah kesibukan ini menjadikan saya seorang yang lebih dekat dengan Allah atau jauh dari-Nya. astaghfirullah....
selama bekerja dengan para komiti, bagaimana hati ini dijaga apabila berkomunikasi dengan yang berlainan jantina.. adakah tanggungjawab ini dilaksanakan se ihsan mungkin, adakah...adakah.. adakah... terlalu banyak yang perlu dimuhasabahkan.
and again, mutabaah amal pasti akan menjadi isu.. untuk saya yang kurang pandai dalam time management. :( celah mana yang kita kata kita bekerja kerana Allah kalau mutabaah amal tak dijaga.. dan bila hubungan dengan pencipta pun tak jaga, mana mungkin hubungan dengan ciptaannya akan terpelihara dari rasa2 sakit hati, perselisihan faham dan dzon2 yang tak sepatutnya.
bukankah sangat menakutkan bila di hadapan Allah kelak amal2 kita selama kita rasa 'sibuk' ni rupanya tercemar dek niat yang tidak ikhlas. maka jadilah ia ibarat debu2 yang berterbangan yang tidak ada nilai di sisi Allah.
Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan. (25 : 23)
As-Syahid Syed Qutb dalam tafsir FiZiQ (fi zilalil quran) menjelaskan;
Seperti itulah terjadi dalam sekelip mata. Ibarat amalan yang termasuk dalam kategori هَبَآءً مَّنْثُورًا seperti imajinasi yang akan hilang dengan pantas daripada gambaran pemikiran, diterbangkan dan dicerai-beraikan diudara. Sehingga semua yang mereka kerjakan di dunia dalam bentuk amal kebaikan menjadi hilang ditiup angin. Ianya terjadi kerana semua amal kebaikan yang mereka lakukan tidak di atas dasar keimanan – yang mengaitkan hati dengan Allah swt dan menjadikan amal saleh sesuai dengan manhaj yang telah digariskan dan dasar yang dikehendakki. Sehingga tidak ada nilai amal baik seseorang yang tidak berhubung dengan manhaj Allah swt. Tidak ada faedah gerakan yang dilakukan tanpa masuk dalam rangkaian gerakan yang mempunyai tujuan tertentu.nabi juga pernah menyebut ;
Thauban meriwayatkan satu pesanan junjungan , bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Aku sangat jelas mengetahui bahawa ada golongan dari umatku yang akan datang pada hari Qiyamat dengan amalan soleh sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah akan menjadikannya seperti debu-debu berterbangan.” Thauban bertanya : “Wahai Rasulullah, ceritakanlah tentang mereka kepada kami dan beritahulah kami lagi, supaya kami tidak menjadi seperti mereka.” Baginda bersabda lagi yang bermaksud : “Mereka adalah saudara kamu dan dari kaum kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu, tetapi mereka adalah orang yang apabila mereka bersendirian, mereka akan melanggar larangan Allah.”
maka perkara yang saya belajar kalini ialah -- sebagaimana kamu menghijabkan aurat kamu, seperti itulah kamu harus menghijabkan hati kamu, anggota badan kamu ; mata, mulut, tangan, kaki, etc agar hati dan anggota2 ini selari dengan perintah Allah.
hijab means menyekat. maka sekatlah hati kamu dari merasai ujub riak sum'ah dengan amal2 kamu. sekat pandangan mata kamu dr melihat yang tak sepatutnya. sekat anggota2 kamu yang lain dari berbuat maksiat kepada Allah...
dan semoga kita sentiasa dibimbing-Nya dalam melaksanakan tugas khalifah ini.
wallahu a'lam.. moga bermanfaat
------
110515
0018
No comments:
Post a Comment