Saturday, April 25, 2015

ironi tak?

"ustazah, kita nak tudung macamtu. haritu kita tak dapat." 

"haritu ustazah peah (bukan nama sebenar) bagi. tapi dia balik awal tak dapat tudung ni."

speechless.

--------


"adik, adik dah solat belum?" kelihatan dua orang adik yang keluar masuk surau sejak azan maghrib berkumandang.

"dah, tadi kat rumah solat dengan dia." sambil tunjuk kawan sebelah.

"meh sini pandang ustazah. ustazah tahu kalau orang yang menipu." dan ya, dia mengelak dari pandang mata saya.

"tadi solat maghrib berapa rakaat?"

"lima." sambil tunjuk telapak tangan menandakan lima.

"hah? lima?"

"eh. empat."

dalam hati.........


------


"ustazah, saya nak iqamat minggu depan!" dengan penuh semangat angkat tangan.

"saya nak jadi imam!"


-------------


"apa perasaan izzati sekarang?" tanya kak peah dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang.

"saya rasa kesian sangat kat diorang kak kalau tak ada orang yang sanggup konsisten dan komited menyantuni diorang. diorang sangat seronok sambut kita, tapi kita yang seolah2 tak 'seronok' nak sambut diorang. pakcik2 dah bukak jalan peluang untuk kita tembus masuk kampung ni, kena manfaatkan la kan?"

"oh, btw, kalau nak tahu, budak perempuan yang paling kecik sekali tu, ayah dia penagih dadah. and ada jugak beberapa yang lain. ramai dari diorang yang miskin, harapkan makanan bantuan dari orang ramai."

ok. speechless lagi. 


------------


adik2 inilah yang bakal mencorakkan generasi akan datang. andai kita tidak men-soleh-kan mereka sekarang, siapa lagi?


"Hikmah itu adalah barangan tercicir (dari tangan) orang mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang berhak terhadapnya" AL-HADITH






*rupanya kita ni sangat kesuntukan masa. tapi masih sibuk dengan jaahiliyyah? 

katanya khalifah? 

hm.. how ironic..


------

0045
260415

1 comment:

Anonymous said...

yes