Saturday, July 18, 2015

penenang jiwa..

bismillah walhamdulillah. ku kira masih belum terlewat untuk mendoakan sempena raya kali ini dengan doa ;

taqabbalallahu minna wa minkum taqabbal ya karim..

moga Allah terima amal2 kita ya..! dan moga kita diberi kekuatan untuk terus istiqamah dengan amal2 tersebut. ameeen..

sejak minggu yang sibuk dengan pro exam haritu, ku tahan2 diriku dari update blog ini. kerana ku tahu untuk update tidak sikit masa yang perlu diambil. 

tapi.. sebenarnya apa yang ingin di update kalini ialah tentang satu ayat Allah yang begitu menyentuh sudut hatiku yang paling dalam.. ketika itu ku merasakan sangat lelah, lemah dan lesu.. ku tahu itu tanda2 kecil untuk futur.. astaghfirullah.. moga dijauhkan..

menyedari hal itu, ku cepat2 ambil quran dan ku buka mana2 surah dengan mengharap Allah akan beri 'sesuatu' untukku. aku tahu aku tidak akan kecewa dan tindakanku mengambil alquran ialah tindakan yang tepat ketika itu.. Allah jua yang mendorong nya..alhamdulillah hadza min fadhli rabbi..

A030
Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya. (18 : 30)

selepas membaca ayat ini, betapa aku dapat merasakan Allah tahu apa yang ada di dalam dada.. mungkin kelesuan ini ialah kelesuan ku dalam melakukan amal2 dakwah.. hilang sudah rasa nikmat melakukan amal2 soleh.. menyantuni rakan2 sekeliling.. penat mengajak kawan2 melakukan kebaikan... sibuk dengan perkara furu', mula bermudah2 dengan mutabaah amal etc..

tapi..!

Allah tidak akan menyia2kan amal2 tersebut! dengan tidak menghilangkan pahala org2 yang berusaha memperbaiki amalnya.. your deeds are counted.. tanpa henti.. jangan pernah penat untuk BERUSAHA untuk beramal.. 

ma sya Allah.. bukankah ini suatu peringatan dari Allah...? walaupun syarat amal diterima ialah ikhlas, tetapi Allah tahu 'nature' hambaNya yang mudah futur ... maka diberinya motivasi sebegini.. 

alhamdulillah atas nasihat ini.. alhamdulillah.. moga kita terussss menjadikan alquran sebagai pedoman hidup. nescaya takkan pernah kecewa.. bi iznillah..

----------

2159
180715

No comments: