Wednesday, August 12, 2015

seerah itu mengajarkan kami

bismillah.

masih dalam mode : holiday

saya sedang berusaha untuk menghabiskan umar the series yang dulu saya rasa dah banyak episod saya habiskan. tapi, memandangkan lamaaa sangat saya tinggalkan maka saya ulang semula.

rasanya dah banyak kali jugak ulang heheh. tapi scene para sahabat dengan yakinnya mempertahankan aqidah mereka walau diuji dengan tentangan dari keluarga, dipulaukan oleh kaum sendiri.. ....

Allahu Akbar. 

walau diulang-ulang kisah-kisah ini tidak pernah gagal membuatkan air mata ini gugur. 

masakan tidak, mereka memilih islam ketika islam begitu asing dalam kalangan arab quraisy.

mereka memilih islam bukan ketika mereka disambut oleh bunga dan tepukan gemuruh dari orang orang ramai.

kerana mereka telah nampak hakikat haqq dan baatil. seerah telah memperlihatkan bagaimana seorang hamba yang lemah di mata manusia, menjadi begitu kuat ketika diseksa oleh tuannya, ini semua demi mempertahankan aqidah yang dipegang.. 

"Ahadun Ahad," inilah kata-katanya yang nampak biasa tetapi menggerunkan para pemuka quraisy..

kata bilal, " kalaulah ada perkataan lain yang lebih membuatkan umayyah marah, pasti akan aku sebut."

MasyaAllah.

magis apakah ini? sehinggakan tuannya yang menyeksa yang berasa terseksa melihatkan sang hamba yang difikirkan akan 'give up' dengan seksaan-seksaan, ternyata lebih kuat dari yang disangka.

menangis apabila membayangkan andai saya berada di tempat beliau.. tertanggungkah ?

keyakinan mereka benar terhadap janji-janji Allah..

A023
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

islam turun bagi menawarkan jalan penyelesaian ketika mana masyarakat berada dalam kegelapan jahiliyyah dan di sambut oleh para ass-sabiqun al-awwalun..

maka, carilah pada seerah itu, di manakah kita ketika seruan allah dan nabi sampai kepada kita? bagaimanakah respon kita?

------------

oh ye, kalau dilihat saya mengeja islam bukan Islam. apa bezanya?

islam vs Islam.

ya, kata nama dan kata kerja.

islam --> kata kerja

Islam --> kata nama

harini kita tengok islam adalah agama yang paling ramai dianuti oleh umat manusia. tapi, kenapa kita begitu lemah? 

kerana islam dilihat hanya sebagai identiti di atas kad pengenalan. islam hanya diwarisi turun temurun tanpa ada kefahaman tentangnya. islam hanya pada NAMA.

bezakan ini : 

1) Saya Muslim.
2) Saya muslim.

ayat pertama menunjukkan bahawa nama dia ialah Muslim. tidaklah mengesahkan bahawa dia beramal sebagai seorang muslim kerana Muslim itu cuma namanya.

tetapi ayat kedua menunjukkan bahawa dia seorang muslim, satu kata kerja yang menunjukkan bahawa dia benar-benar faham dan beramal sebagai seorang muslim. 

ok, saya harap ayat ini boleh difahami..

semoga kita tidak hanya islam pada nama, tetapi pada keyakinan bahawa islam is way of life. yang menunjukkan jalan bagi orang-orang yang bingung..

al-islam huwal hal. islam itu jalan penyelesaian. 

dan perjuangan meletakkan islam di tempatnya ialah tugas semua dari kita yang mengaku daie!

*jarum ISK




-----------

1211
130815

No comments: