Friday, August 1, 2014

Usaha dan kejayaan manakan sama!

Bismillah. Ada sikit masa lagi sebelum Asar, so nak update sikitlah.

Actually edit je dr post yang tak publish lagi ngehehe 

--------------

Seringkali kita berasa 'perasan' bila sudah berpenat lelah bawak usrah, daurah dan sebagainya, kita dengan yakinnya beranggapan bahawa Allah akan memberi kemenangan kepada kita dengan cepatnya. Kita mahukan mutarabbi kita akan terus menjadi komit usrah, daurah, malah mengamalkan Islam dan mahukan kepada dakwah itu sendiri. Kita akan mengeluh bila mereka masih memberi alasan tidak dapat komit pada wasail tarbiyah.

Hakikatnya, kita sedang buat kerja dakwah, iaitu mengajak manusia kepada Allah. So, agak2nya lah kan, senang ke kerja ni? Adakah dengan sekali ajak mereka akan terus ikut? Dengan kita yang masih tak serius2 lagi dengan dakwah. Mutabaah amal pun boleh jadi sama tahapnya dengan mutarabbi. So, masih ada hati lagi nak mintak lebih2 pada Allah?

Even Nabi yang sangat hebat tarbiyahnya dengan para sahabat pun Allah tak berikan kemenangan sekelip mata. Sampaikan mereka tanya Allah bila datangnya pertolongan Allah. Ini pulak kita yang masih tak serius, bermimpi kan mutarabbi yang terus faham?

Pernah saya diingatkan dalam satu daurah, bahawa jangan sekali2 kita samakan usaha dakwah dan kejayaan dakwah itu sendiri. Part kita sebagai manusia, hanyalah berusaha, sedangkan kejayaan dakwah tu hak Allah. Bila2 masa Allah akan bagi. Yang pasti, kejayaan tu PASTI Allah akan bagi. Cuma manusia yang beriman je akan yakin dengan janji ni. Ye, yang beriman je. Sebab kita yakin sesuatu tu atas dasar iman kita pada Allah even tak pernah lalui pun benda tu.

end.

---

* maaflah saya tak reti nak buat post panjang2. mungkin sebab kurang membaca -,-'




No comments: