Friday, April 17, 2015

berhati-hatilah. jaga niatmu itu.

bismillah.

laptop dibuka. sejak semalam laptop ini tak boleh digunakan kerana masalah password. tapi alhamdulillah dah ok. 

setelah dibuka, maka terpampang jelas wallpaper desktop ku. ok nak tau ke gambar apa? jeng3....


"Cinta kita pada dakwah inilah yang akhirnya membuat energi kita selalu besar, selalu ada, dan terus ada untuk memperjuangkan dakwah kita."
-cahyadi takariawan , mantan presiden pks

agak lama ku renung desktop ku, memerhatikan bait kata-kata ini. okla, to be honest, not that long. but long enough to make me reflect everything. everything i've done for this dakwah. 

pada diri ini masih terdapat baaanyak rawasib jaahiliyyah. to maintain your mutabaah amal ain't that easy u know? sometimes Allah will test your sincerity doing it especially when there are no usrahmates, tarbiyah-mates or whatsoever (u know what i mean). especially when you are at home. 

sungguh, sakitnya dan peritnya hanya allah yang tahu bila kita mengulang kembali jaahiliyyah lama. terngiang kata-kata sendiri bilamana ketika diri ini yakin bahawa jaahiliyyah ini takkan berulang kembali. allah.... 

terasa seolah-olah allah mahu memberi teguran bahawa atas niat apakah kita meninggalkan jaahiliyyah ini dulu? apakah disebabkan manusia di sekelilingmu? kerana kau orang tarbiyyah? takut dilabel tak tsiqah? atau kerana takut terkantoi dengan mutarabbi? 

allahu allah. ini sangat membuat saya beristighfar panjang. kerana niat lah ramai manusia yang kecundang di tengah jalan. jauh di sudut hati aku sedikit bersyukur, kerana allah masih memberi kesempatan untukku sedar akan hal ini. 

sudah lama agaknya aku tidak tajdid niat bilamana jiwa dan raga ini ingin ku serah sepenuhnya buat dakwah (nangis bila sebut ni sebab rasa jauh lagi.). kadangkala kaki ini terus diayun tanpa niat kerana allah pada langkah pertama, mungkin. kadangkala mulut ini berkata-kata tanpa ada allah di hati, mungkin. mungkinkah pernah terdetik di hati untuk meraih dan menagih perhatian manusia?! maka beristighfarlah kerana dakwah ini jauuuhh sekali kita ingin menagih perhatian dari manusia. 

takut-takut kita menjadi orang-orang yang ditinggalkan dan dicicirkan dari jalan dakwah ini kerana ternyata sudah terlalu lama kita menjadi penumpang gelap dalam gerabak, yang menjadi beban buat dakwah. (al-intiqa')

maka, teringatlah saya pada satu buku yang saya baca, 


Ingatlah nasihat ini. Bagaimana menjadi orang yang ikhlas? Dengan mencari niat. Di antara sebab utama degradasi pada hamba yang shalih atau merupakan telah lama melakukan ketaatan ialah tidak lagi memperbaharui niat. Kerana itu, ketika ketaatan berubah menjadi sekadar kebiasaan (rutinitas), berkuranglah rasa ketaatan dalam beribadah tersebut.

-Amru Khalid, dari buku Islahul Qulub

perbaharuilah niatmu itu, supaya apabila ditanya apakah yang sedang kau bawa ini? maka kita dengan penuh rasa izzahnya bisa menjawab,


قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Terjemahan: katakanlah (wahai Muhammad): "inilah jalanku; aku dan dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata; (dan aku menegaskan:) maha suci Allah (daripada segala i'tiqad dan perbuatan syirik) dan bukanlah aku daripada golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (12 : 108)


----

2333
170415

No comments: